19.4.13

Kajian Baseline Terhadap Penggunaan IBS di Dalam Projek Swasta di Kawasan Lembah Klang


BAHAGIAN TEKNOLOGI DAN INOVASI
SEKTOR PEMBANGUNAN
LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

TAJUK KAJIAN:

KAJIAN BASELINE TERHADAP PENGGUNAAN IBS DI DALAM PROJEK SWASTA DI KAWASAN LEMBAH KLANG

TEMPOH KAJIAN:

JUN 2012 – JANUARI 2013

OBJEKTIF KAJIAN:

1.  MENGUKUR TAHAP PENGGUNAAN IBS DI DALAM KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN;
2. MENGENALPASTI PERSEPSI, HALANGAN YANG WUJUD DAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL DI DALAM PERLAKSANAAN IBS;
3. MEMBANGUNKAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN MEMBANGUNKAN MODEL PERNIAGAAN YANG BOLEH DIJADIKAN KONSEP UNTUK PROJEK IBS DI SEKTOR SWASTA.

RINGKASAN EKSEKUTIF

1. Laporan ini memaparkan hasil ”Kajian Baseline Terhadap Tahap Penggunaan IBS di dalam Projek Swasta di Kawasan Lembah Klang”.

2Lembah Klang ditakrifkan sebagai wilayah seluas 4,000 kilometer persegi meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang dan Hulu Klang. Analisa kajian dijalankan kepada 400 sampel projek pembinaan bangunan pemilikan swasta yang sedang berjalan di Lembah Klang dalam tahun 2012.

3. Secara keseluruhan, 46 % projek pembinaan bangunan pemaju swasta di Lembah Klang pada tahun 2012 menggunakan IBS sebagai kaedah pembinaan. Selebihnya iaitu 54% projek pembinaan masih lagi menggunakan kaedah konvensional.

4. Tahap penggunaan IBS dalam projek swasta adalah perumahan (30%), perindustrian dan komersil (9%) dan institusi (7%). 

5. Purata skor IBS dalam projek swasta adalah perumahan (55), perindustrian dan komersil (58) dan institusi (55).

6. Sistem IBS yang sering digunakan di dalam projek swasta adalah sistem konkrit panel pra-tuang dan sistem blok diikuti dengan sistem lain seperti sistem acuan dan sistem kerangka keluli.

7. Sebab utama IBS digunakan dalam projek swasta adalah:

a) Tempoh masa pembinaan yang pantas 
b) Kualiti pembinaan yang bermutu tinggi

8. Kajian mendapati penggunaan IBS oleh sektor swasta bergantung kepada faktor berikut: 

a) Peranan dari pihak berkuasa tempatan dengan mewajibkan penggunaan IBS melalui proses kelulusan plan bangunan
b) Inisiatif pihak pemaju swasta sendiri dengan mensyaratkan penggunaan IBS untuk projek mereka

9. Kebanyakan responden yang terdiri daripada kalangan kontraktor dan pemaju bersetuju bahawa masalah kos yang tinggi iaitu peningkatan kos sebanyak 12-13% menghalang mereka untuk melaksanakan projek IBS berbanding dengan kaedah konvensional. 

10. Bekalan tenaga buruh bukanlah faktor utama untuk menggunakan IBS dari pihak kontraktor atau pembekal dalam projek swasta

11. Bagi kes projek perumahan swasta, sesetengah pemaju memiliki kemampuan untuk mengeluarkan dan memasang komponen IBS dengan sendiri (one-stop-centre). One stop centre’ bermaksud bahawa syarikat tersebut bertindak sebagai pemaju, pengilang dan juga kontraktor IBS. Ini bertujuan untuk mengelak serta mengawal monopoli oleh pengeluar besar yang lain

12. Isu dan kekangan yang dihadapi oleh projek-projek swasta untuk menggunakan IBS adalah seperti berikut:

a.    Penggunaan kaedah pemantauan dan pembayaran secara konvensional kepada pembekal
b.    Kos keseluruhan menggunakan IBS yang lebih tinggi berbanding kaedah konvensional disebabkan perkara berikut:
i.      Jumlah pembekal yang kurang menyebabkan permintaan melebihi penawaran
ii.      Pembelian acuan yang mahal
iii.    Kos pengangkutan
iv.    Pembuatan komponen IBS memerlukan peralatan berteknologi tinggi dan mahal
c.    Proses rekabentuk yang masih menggunakan kaedah konvensional
d.    Tiada keseragaman dalam reka bentuk
e.    Persepsi pembeli yang menyatakan projek IBS sukar diubah suai

13. Tiada polisi yang dikuatkuasakan untuk pihak swasta dalam menggalakkan pelaksanaan projek IBS berbanding dengan pihak kerajaan. Projek kerajaan telah diarahkan untuk menggunakan IBS melalui Suat Pekeliling Perbendaharaan (SPP7:2008).
14. Cadangan untuk meningkatkan penggunaan IBS dalam projek swasta adalah:

a.    Mengadakan program promosi (awareness program) dengan pihak berkuasa tempatan secara berterusan
b.    Mengadakan program promosi (awareness program) kepada pemaju swasta secara berterusan
c.    Memperkasa eco-sistem pelaksanaan IBS dengan memperkenalkan kembali sistem terbuka. Ini dapat menggalakkan pertambahan bilangan penyertaan daripada pengeluar dan pembekal di pasaran
d.    Membangunkan model perniagaan ataupun mode perlaksanaan IBS khusus untuk projek swasta dengan memperkenalkan konsep seperti joint venture, partnering,consortium dan ‘one stop centre.’ 
e.    Memperbanyakkan promosi melalui media massa (televisyen, radio, akhbar dan internet) untuk mengubah persepsi pengguna bangunan IBS.
f.     Memperkenalkan kontrak dan procurement  melalui ’two stage tendering’. ’Two stage tendering’ iaitu kontrak kepada kontraktor dan kontrak kepada pembekal dijalankan secara berasingan.

1 comment:

rhairul said...

Salam tuan. Saya ingin menambah sebenarnya peningkatan kos sehingga 13% bukanlah suatu isu yg besar. Peningkatan kos tersebut akan ter-kontra melalui pengurangan pekerja yg tidak efisien,kos bahan semulajadi (kayu) yg semakin meningkat,kitaran kerja yg lebih cepat dan kos pembersihan kawasan (wastages).Malah melalui sistem IBS,kos pembinaan telah menjadi tetap atau kos luar jangka akan menjadi lebih kecil dan margin keuntungan kontraktor akan dapat dijangka. Cthnya faktor2 yg mempengaruhi kos luar jangka adalah iklim.Iklim di Malaysia yg sentiasa panas dan lembab sepanjang tahun pengaruh terbesar kepada kerja2 pembinaan dari sudut kerja2 tanah,pemasangan struktur tetulang,konkrit dan kerja2 yg berkaitan.. Saya bukanlah berlatar belakang pendidikan kejuruteraan tetapi saya berminat dengan sistem ibs dan saya juga bekerja dalam industri yg sama sebagai pembekal.Saya boleh dihubungi melalui email- rizal@floodlitesb.com.my hp- 0125559499(rizal) dan laman web kami- WWW.floodlitesb.com.