22.9.12

Email Conversation


Salam Dr,

Nama saya Mohd Faizal dan saya adalah orang biasa yang baru nak membeli rumah. Dalam saya punya pencarian saya terjumpa dengan Seri Pajam Development Sdn Bhd (SPD). SPD offer very cheap and affordable house di sekitar highway Lekas. Rumah mereka sangat murah malahan semua orang mampu milik. Bayangkan Semi D 2 tingkat bermula pada harga RM410K sahaja!

Bila saya start buat survey, baru saya tahu, SPD menggunakan system IBS. Jadi saya teruskan dengan survey saya pasal IBS dan hasilnya mengejutkan, banyak project yang mempunyai masalah seperti dinding senget (
http://puggy206.blogspot.com/2011_12_01_archive.html), water leakage (http://www.facebook.com/groups/warisan.puteri/440247962685217/?notif_t=group_activity) dan sebagainya.

Saya sebagai seorang bakal pembeli (saya dah letak d/payment 5K) ingin bertanya kepada pihak Dr sebagai seorang expert dalam IBS beberapa soalan:

1. Adakah system IBS ini benar-benar bagus seperti yang diwarwarkan
2. Mungkinkan ianya bagus di negara barat tapi Malaysia masih belum mempunyai experties yang betul-betul bersedia untuk menjalankan IBS secara full swing
3. Saya belum jumpa review yang baik tentang IBS kecuali di dokument-dokument kerajaan, research dan tesis beberapa pelajar Master dan review Dr (saya belum membaca review Dr - setelah melihat profile Dr, saya terus FB Dr sebab saya rasa lebih mudah dan berkesan). Adakah ini direction pihak kerajaan menggnakan IBS becuase of politic reason (kroni memiliki kilang IBS dan sebaganya)
4. berkait dengan soalan #3, kalau IBS bagus, jimat dan mengurangkan kebergantungan tenaga buruh asing, kenapa key developer seperti SIME DARBY, IJMLAND, I&P, NAZA TTDI masih menggunakan traditional method untuk membina rumah? Adakah sebab masih tak praktikal (sebab kena guna banyak kren dan sebagainya), jaminan kualiti atau untuk mereka hendak mengenakan rumah dengan harga tinggi (generally rumah mereka memang mahal)
5. Masih berkait dengan soalan #3, adakah sebab bangunan kerajaan yang yang banyak rosak (di putrajaya dan mahkamah di jalan duta) disebabkan IBS? Malahan jika saya berkunjung ke bangunan kerajaan di Putrajya, generally semua dah nampak tua dimamah usia, walhah bangunannya masih baru! Saya ada baca dia treasury.gov.my yang kerajaan menetapkan project kerajaan kena menggunakan system IBS dalam pembinaannya, jadi semua bangunan yang saya lihat adalah kemungkinan bangunan IBS!

Saya minta maaf kalau soalan dan kenyataan saya menyinggung Dr dan profession Dr. Saya cuma orang biasa yang bertanya soalan dan mungkin terbawa bawa sedikit. Ini disebabkan ia adalah soal rumah yang investmentnya bukan sedikit. Oleh sebab yang demikian, saya perlu tahu, faham dan jelas mengenai system IBS ini sebelum membuat full purchase.

salam hormat tuan, terima kasih... mohon maaf kerana lewat membalas... agak sedikit sibuk... baru ada kesempatan untuk membalas. 
1. Projek sri pajam adalah antara projek IBS yang terbaik di malaysia. Pemenang anugerah MCIEA CIDB dari segi best practices dalam pelaksanaan dan design IBS. Juga projek examplar CIDB 
2. IBS bukan baru...cuma baru di rebranding oleh kerajaan 
3. Bercakap mengenai IBS perlu lihat dari konsep desingn dan pelaksanaan. Malsalah bocor, dinding senget sebenarnya bukan masalah design or produk IBS tetapi masalah pelaksanaan
4. Tiada isu yg spesifik.. perlu dilihat holistik...Isunya begini... apabla diarahkan oleh client/kerajaan untuk menggunakan IBS. Konraktor perlu membeli kepada pengilang dengan harga yg mahal dan cash upfront. Menyebabkan kontraktor cut coner dalam pelaksanaan/pemasangan. Even ramai kontraktor yg tidak tahu memasang. Kontraktr juga belum mahir dalam Projek Management IBS yang memerlukan perancangan dan koordinasi yang tinggi. BENIFIT IBS TIDAK DAPAT DINIKMATI OLEH KONTRAKTOR
5. Kontraktr terpaksa beli mahal pula kerana, hanya sebilangan pengilang (below 5) yg mampu menyediakan complete sistem. Tidak ramai pengilang kecil yg mampu membeli perlatan kerana cost of investment dan amortisation unless they get sufficient order.
6. Client swasta yg menggunakan IBS dengan berjayaya ialah SP Setia (SILA CHECK). Syarikat ini mempunyai kilang sendiri sama seperti Sri Pajam. Oleh yang demikian, konsep pelaksanaan IBS yang paling sesuai sebenarnya adalah one stop sulotion dimana pemaju akan acquire/establish sendiri kilang dan pasukan assemble... Sebelum ini juga kaedah ini berjaya untuk PKNS/ PKNS Engenering - Hecon. Pemaju pentingkan cost/profit/ depreciation dsb.. oleh yg demikaina BUAT MASA INI, DENGAN HARGA BURUH YANG RENDAH, KAEDAH KONVENSIONAL MERUPAKAN PILIHAN TERBAIK.. COST BENIFIT IBS TIDAK DAPAT MENYANGI CONVENTIONAL KERANA BURUH MURAH apple to apple comparision tidak dapat dibuat oleh pemaju yg seperti tuan sebutkan tadi
7. Walaupun banyak masalah. negara harus move fwd dan elak kebergantungan kpd buruh asing. LIberalisasi pasaran juga akan memerlukan penambahan produktiviti dengan mesin/IBS
8. Diakui mmg bayak masalah dengan IBS, tetapi lama kelamaan IBS akan diterima bila harga buruh menjadi mahal. 
9. SEBAGAI PEMBELI...SAYA INGAT KITA PERLU LIHAT KEPADA LOKASI DAN REPUTASI SYARIKAT PEMAJU, IRESPECTIVE OF KAEDAH PEMBINAAN, WE ARE CONCERN ABOUT KUALITI... Sebagai jurutera saya percaya...BOTH IBS DAN CONVENTIONAL BOLEH... MENGHASILKAN RUMAH YANG BERKUALITI KALAU PEMAJUNYA BETUL...tak kisah lah mereka menggunakan kaedah apa

1 comment:

Hana said...

Saya ada beli rumah seri pajam, saya nak tanya sama ada Rumah ibs pajam boleh pecah ke ? Maksud saye, kalau buat renovation, boleh ke dinding nye dipecah n bina baru @ ganti tingkat/pintu mcm rumah yg bukan guna ibs