26.1.11

Readiness Model to Sustainable Construction: Client's Perspective - Research Proposal

Saya dlm usaha untuk mencari tajuk PHD, terjumpa pula dgn blog Tuan, nway saya sangat terharu, dgn orang seperti Tuan yang tak lokek ilmu ni. Saya bercadang nak buat research yang berkaitan dengan green/sustainability dari segi readiness. tapi readiness apa. x sure lagi. adakah readiness contractor ke, developer ke (tp yg ni dah ada orang buat)...n macam2 lagilah, makin surf makin pening.Saya terbaca di blog Tuan, Tuan ada mencadangkan pada seorang student degree yan bertanya untuk buat research about the readiness of the IBS stakeholder, mohon pendapat tuan jika saya sekalikan, dlm research contohnya, potential, barriers and readiness of green IBS in Malaysia. Saya tiada supervisor lagi, baru nak cari tajuk untuk mohon biasiswa.

Pada pandangan saya isu readiness ini adalah baik untuk dikaji bagi mengetahui tahap kesedaran terhadap sesuatu isu-isu baru seperti sustainable dan IBS. dengan adanya kajian mengenai readiness, pihak kerajaan dapat mengubal polisi yang tepat dan juga memperkenalkan insitif yang baik. Pada pandangan saya isu sustainable ini perlu digerakkan oleh client samada pihak JKR, PBT (kerajaan) mahupun pihak swasta (pemaju). Cadangan saya, baiklah dikaji tentang padangan pihak client tentang isu ini. Mungkin boleh kaji objectif seperti berikut readiness terhadap isu sustainble itu sendiri, readiness terhadap benift of sustainable, inseitif yang diperlukan untuk membangunkan pembangunan lestari, polisi apakah yg diperlukan, berapakah nilai tambah cost yang mampu client bayar untuk membangunkan sustainble dev., adalakh pengenalan GBI ini membantu atau lebih mahal. Sebagai output research PhD saudari, bolehlah dibangunakan readiness model untuk mengukur tahap readiness client di Malaysia dalam melaksanakan susteinable development. selamat maju jaya.

1 comment:

Willy Wonka said...

Bagaimana dgn perkembangan kajian tersebut? apakah yg telah dicdgkan utk dikaji? Saya telah membuat topik ini namun kandas, kerana saya terlalu menumpukan aspek criteria readiness itu sendiri dan criteria sustainable construction itu. Saya cuba kaitkan teori readiness dgn konsep/kriteria Sustainable construction. Saya tak ambilkira Sustainable development kerana terlalu besar. Mmg tumpuan saya kepada developer memandangakan mereka adalah decision maker terhadap apa yg mereka mahu dlm pembangunan mereka utk marketing strategy. Tajuk saya ini juga telah dihijack oleh org lain namun saya tidak pasti apa skop beliau.