26.1.11

IBS Pod Bathroom - Research Proposal

Saya Mohd Hafiz dari UTHM, pernah bertanyakan pendapat tentang beberapa soalan megenai ibs kepada encik sebelum ini..saya pernah bertanyakan soalan tentang ibs bathroom dan saya juga telah merujuk en zulkifli seperti yg dicadangkan oleh en kamarul.. Setelah berkunjung ke ibs centre dan bertanyakan pada en zulkifli serta syarikat eastern pretech, sememangnya pod bathroom yg dibuat oleh syarikat eastern pretech (PARMA) tidak digunakan di Malaysia dan hanya di import ke Singapore. Justeru, saya ingin mengajukan soalan ini kepada encik kamarul, seperti sedia maklum, ibs score mempunyai 3 elemen yg dinilai iaitu structural, wall and simplify construction solution. Jadi jika pembinaan tandas menggunakan ciri-ciri ibs sebagai contoh steel structural, AAC block sebagai wall, adakah tandas ini dikategorikan sebagai tandas ibs walaupun percentage of usage tidak sampai 100% seperti pod bathroom yg 100% dibuat di kilang. Saya ingin bertanyakan pendapat encik kamarul dan minta maaf kalau soalan ini tidak sesuai untuk encik atau pernah dijawab en kamarul kerana mungkin saya terlepas pandang.

Salam. En. Hafiz perlu memahami perkiraan ibs score. Perkiraan ibs score adalah untuk keseluruhan bangunan bukan untuk particular element. Jika 100% sekalipun sistem pod, ini tidak mempunyai apa2 makna kerna perkiraannya iaitu percentage IBS score adalah untuk keseluruhan bangunan kerana markahnya (tandas) sangat rendah (jika dilihat dari sudut ibs score lah). Jadi persolan tandas ibs tidak wujud disebabkan cara pemarkahan yg sedemikian. Walaubagaimanapun, system bathroom pod mempunyai markah unk ibs score bagi kreteria inovasi jika tidak silap saya (sila semak score terbaru). Jadi untuk menjawab soalan, ya, tandas block/steel itu boleh dikatogorikan dalam ibs, tapi perkiraan/kajian/persolan mengenai adakah ia IBS or not boleh di neglectkan kerana tandas adalah komponent kecil bangunan dan mempunyai point yg sedikit dalam perkiraan ibs score. Ini adalah IBS score melihat kepada perspektif holistik bangunan. Saya sangat menyokong jika lebih banyak kajian dan promosi untuk mempopularkan tandas pod di Malaysia. Selamat maju jaya kerana ini research yang sangat baik.

No comments: