26.1.11

IBS and Waste Minimisation - Research Proposal

Saya ingin memohon maaf sekiranya kiriman saya ini mencuri masa Mr. Namun, saya berharap agar Mr dapat luangkan sedikit masa membacanya sehingga tamat.Terlebih dahulu, nama saya SHAHAIRUL BIN SAIRI, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alambina, UM. Seperti pelajar tahun akhir yang lain, kini saya juga sedang berusaha menyiapkan dissertation saya sebelum tamat pengajian pada semester hadapan. Tujuan saya mengirim kiriman ini adalah untuk memohon pandangan, komen atau cadangan serta maklumat tambahan daripada Mr mengenai kajian saya yang mana ianya berkaitan Prefabrication Towards Waste Minimization. Saya ada membaca artikel, entries dalam blog Mr dan juga group IBS di FB. Oleh yang demikian, amatlah berbesar hati sekiranya Mr punyai ruang masa untuk saya dan memberi keizinan untuk membuat appointment untuk berdiskusi lebih lanjut. Namun, sekiranya Mr sibuk dengan jadual kerja, saya amat memahami. Sebelum itu, eloklah saya menerangkan serba sedikit mengenai dissertation saya ini. Topic : Prefabrication towards Waste Minimization in Construction. Objectives : 1) To identify the existing prefabrication practice in construction industry2) To determine the categories of prefabricated elements and compare these with foreign standards.3) To examine the differences of wastage level between conventional and prefabrication construction.4) to measure the effectiveness in the use of prefabrication in terms of waste minimization. Justifications : 1) to increase the level of prefabrication adoption2) to increase the level of awareness among construction players towards waste minimization3) to reduce the implementation of the conventional method.4) it is hoped that it will fulfill the vision of CIDB and the government of Malaysia. Untuk pengetahuan Dr, supervisor saya ialah Prof Dr Hamzah Abdul Rahman, TNC R&D. dan beliau ada mencadangkan objective no (1) & (2) kepada saya. Dan saya kurang paham walaupun ada membuat carian dan literature review mengenainya. Pada hemat saya, saya ingin menukar objektif itu dan gantikan ia berkaitan Current Waste Minimization Practice. Tapi saya mohon pandangan pakar daripada Mr Kamarul misalnya mengenai hal ini. Dan saya masih tak pasti methodology yang sesuai digunakan untuk topic seperti saya ini. Saya juga tak pasti secara jelas perbezaan diantara Prefabrication dan IBS. Apa yang saya faham, Prefab merupakan method dan merupakan antara method IBS.

Pertamanya objecktif 1 dan 2 sebenarnya sangat bagus. Kerana isu definition and catogorisation sangat penting dan masih tidak ramai yang mengkaji tentangnya. kefahaman ttg isu ini membuatkan research akan lebih baik. maksud supervisor saudara ialah mungkin untuk you mencari link antara konsep prefabrication dengan konsep term lain - seperti IBS, modern method of construction, offsite construction dan preassembly serta mencari hubungkait (corelation) antara term2 tersebut.Perkara ini sangat penting kerana sebagai contoh konsep prefabrication mungkin tidak sama dengan IBS disebabkan IBS mengambilkira sistem formwork. Jadi pandagan saya objektif 1 dan 2 adalah literature review yang baik untuk research saudara, supaya lebih faham maksud, batasan dan charecter perfabrication. Perkara ini akan memudah kan research nanti. Cadangan saya, mudah saja, you just buat satu table mengenai definition ini dan describe persamaan dan kelainan antara konsep dia. Untuk definition, bolehlah dicari tulisan researcher berikut; Wei Pan, Goodier, Alistair Gibb dan Nick Blismass. Ataupun cuba carian di blog saya. Untuk peringkat undergraduate, bolehlah dibuat perbandingan melalui survey atau interview antara 2 projek; satu conventional dan satu IBS, projek itu biarlah sama, supaya perbandingan apple to apple dapat dibuat. yang penting di dalam soalan itu, identify bahan/proses apa yang dapat dikurang/dieliminatekan dengan menggunakan IBS. Dan pastikan nilai pengurangan? dari segi volume dan juga cost. Walaubagaimanapun, ada skeptik yang menyatakan bahawa pengurangan waste di tapak tidak bermakna pengurangan waste secara total, kerana waste masih di produce di kilang, cuma di tapak sahaja kurang waste. So perlukah waste dalam IBS di kira secara total (termasuk kilang) atau kira sahaja comparison di tapak. Boleh masukan argument ini dalam limitation of research.

No comments: