26.1.11

IBS and Macro-Economy

"Syarikat-syarikat pengilangan komponen yang besar perlu memainkan peranan yang lebih efektif di dalam menyediakan rantaian “supply-chain” yang lebih baik melalui kaedah payung. Kontraktor kelas G7 juga disaran untuk melabur di dalam sistem yang lebih baik yang menggabungkan penggunaan robotik dan automation. Justeru itu, kerajaan perlu menjadi fasiltator dalam hal ini dalam membantu pelaburan sektor swasta. "

Merujuk kepada kenyataan saudara seperti di atas, saya meminta agar dapatlah saudara huraikan dengan lebih lanjut tentang:-1. kaedah payung2. Apa peranan yg perlu dimainkan oleh pengeluar komponen IBS3. Penglibatan/pelaburan kontraktor G7 dalam bentuk yg bagaimana. Terima kasih saudara.

Kaedah payung telah lama dicadangkan oleh kerajaan dengan mengambil kira pengalaman dalam sektor automotif. Keadah payung telah mula dikaji dan dilaksanakan di bawah rancangan "National Housing Scheme" yang dijalankan oleh pihak KPKT, CIDB dan Housing Research Centre (HRC) pada tahun 2001. Didalam rancangan ini pengilang akan diklusterkan dibwah sistem payung untuk mengeluarkan komponen IBS. Antara sistem yg dicadangkan untuk dikilangkan secara besar-besaran bagi tujuan scheme ini ialah wall panel system dan "Putra Block". Kerana masalah tertentu pelaksanaan tidak dapat berlangsung. Sistem payung juga dikaji oleh syarikat GLC seperti UEM tidak lama dulu, walaubagaimanapun, pelaksanaan ini tidak berjalan lancar kerana kurangnya projek dan demand yang tidak menentu dalam industri pembinaan (cabaran utama dalam pelaksanaan IBS). Sistem payung juga pernah diutarakan oleh syarikat SP Setia pada 2003, SP Setia akan melaksanakan semua projek kerajaan melalui PPP/PFI dalam IBS dan pihak SP setia melalui sistem payung, dengan syarat kerajaan menjamin volume tertentu kepada syarikat ini, namun ditolak oleh kerajaan kerana isu tertentu (sekali lagi isu volume merupakan cabaran IBS).

Pada waktu ini - post 2008, kerajaan mula mewajibkan penggunaan IBS untuk semua projek kerajaan (SPP1 2008). Aspirasi kerajaan pada masa ini adalah untk membolehkan semua lapisan dalam sektor ini telibat sama iaitu G1 - G7 termasuk bumiputera. Bagi kerajaan motif utamanya adalah untuk merakyatkan IBS. Kerajaan tidak mahu pelaksanaan ini di monopoli oleh sesetengah pihak (terutamya non-Bumi) lalu open sistem dicadangkan. Pengilang2 kecil boleh dan digalakkan wujud untuk mengeluarkan produk IBS bagi projek kerajaan. Walaubagaimanapun, sistem open sistem memerlukan katalog komponen standard dan tidak dapat disediakan oleh pihak JKR buat masa ini. Pelaksanaan open sistem juga mempunyai masalah dari segi legal, teknikal (jointing) dan juga pengawalan kualiti. Tahap readiness dan kesediaan industri kecil dan sederhana untuk memenuhi hasrat ini juga tidak begitu memberangsangkan ditambah dengan keperluan kos CAPEX dan OPEX bagi menubuhkan kilang yang sememangnya tinggi. Oleh itu, pihak JKR pula mencadangkan sistem pre-approved tendering dan sekali lagi memabawa pelaksanaan IBS yang close system (pre-approve tendering juga mempunyai kelebihan tertentu). Untuk makluman buat masa sekarang pihak kerajaan (EPU, ICU, JKR and CIDB) masih mencari konsep pelaksanaan yang tepat bagi IBS projek kerajaan.

Itu situasi sekarang, cadangan pertama CIDB di dalam kertas kerja yang saudara baca ialah agar kerajaan mewujudkan konsortium Bumipurta sebagai pengilang untuk menyayingi pengilang non-bumi yang sedia ada. Cadangan kedua ialah dengan mewajibkan/mesyaratkan pengilang yang telah mendapat kontrak melalui sistem preapproved JKR agar membuka supply chain mereka kepada pengilang2- pengilang kecil melalui sistem payung. Pengilang2 kecil ini akan mengilang komponen2 (tingkap, pintu, beam) berdasarkan sistem pengilang besar yang telah diluluskan JKR. Ini praktikal kerana volume projek kerajaan besar dan tidak mungkin mampu mana2 pekilang untuk produce semua komponan on-time, cadangan 3, ialah dengan dengan kerajaan mewujudkan kluster pengilang di tapak2 yang dikenalpasti berpotensi untuk pelaksanaan prokjk IBS kerjaan melalui RMK-10. MARA dan CIDB terutamanya telah membuat lawatan ke beberapa negara untuk merealisaikan program ini. Melalui skim ini, pengilang yang berminat akan ditawarkan tempat dan juga soft loan (pinjaman mudah) bagi menjadi pengilang. Kontraktor bumiputra kecil juga akan ditawarkan untuk ditukarkan peranan mereka menjadi pekilang. Cadangan ke-4 ialah bagi MARA untuk menyediakan program latiham keusahawanan untuk menukarkan kontraktor2 kecil ini menjadi pengilang wibawa. Dengan ini akan mengelakkan industri ali-baba serta mewujudkan industri yang lebih kompetatif dan berdaya saing. Perkara ini menjadi cabaran besar untuk transformasi kontraktor malaysia dan mengubah budaya sub-kon (ali baba)

Peranan pengeluar yang sedia ada ialah untuk 'partnering' kepada kontraktor kecil tempatan untuk menjadi pengilang. Contohnya, jika ada projek di Sabah, syarikat pengilang ini tidak perlulah membuka kilang di Sabah, tetapi wajarlah mereka untuk JV dengan syarikat tempatan sahaja, melatih mereka, untuk membuka kilang dan sebagainya. JV ini juga berguna untuk kontraktor yang telah memenagi tender, dan perlu melaksana IBS. Daripada mereka membeli kepada pembekal yang sedia ada (yang ternyata akan mengawal harga mengikut perminataan), baiknya mereka parner dengan konsortium, kluster pengilang bumi atau pekilang yg sedia ada seperti yang dinyatakan diatas. Ini akan menjadikan industri yang benar2 baik dan kompetaive dan pelaksanaan IBS yang sustainable.

Peranan kontraktor G7 pula adalah dengan mewujudkan subsidiaries sendiri iaitu pengilangan, dimana mereka tidak lagi bergantung pada pengilang sedia ada (pengilang mungkin akan kawal harga). Kerana mereka mempunyai sumber yang banyak, mereka boleh mewujudkan rantaian payung seperti yang disebutkan diatas. Tidak perlulah diinvest begitu banyak kepada kilang baru mungkin sekadar membeli syer kepada konsortium pekilang bumi seperti di atas. Jika perkara ini tidak releven atau tidak boleh dilaksanakan oleh G7, mengapa iainya dibangkitkan oleh pihak UEM pada tahun 2005 dan SP pada tahun 2003.

Walaubagaimanpun, pelaksanaan ini mungkin sukar, peranan cleint sangat penting. Keywordnya adalah Client. Client perlu lebih aware tentang IBS dan pelaksanaanya. Syarikat GLC spt. syarikat perumahan negara dan Sime perlu lebih proaktif dalam mewujudkan dan mengalakn pemberian tender kepada syarikat yg telah mengadakan sistem payung IBS. JKR juga tidak tekecuali. Keyword kedua ialah procurement. Sistem procurement yg baik kepada IBS spt PPP dan partnering perlu dikembangkan. Saya percaya dengan adanya 'secure' mass volume, IBS boleh dibentuk dan dikembangkan.

Untuk makluman saudaria, ini adalah kertas cadngan CIDB sahaja tidak semestinya ianya dijadaikan polisi kerajaan banyak variable lagi yg perlu diambil kira. terima kasih atas email saudara

No comments: